
Biodata Diri:
Nama: Hajjah Kamsiah bt Haji Harun
Dilahirkan di Kampung Pengkalan Durian,Port Dickson, Negeri Sembilan. Anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Dua perempuan satu lelaki.
Pendidikan:
Mendapat pendidikan di Linggi dari Darjah Satu hingga ke Tingkatan Tiga,Tingkatan Empat dan Lima belajar di Sekolah Menengah Vokasional di Rembau. Memasuki Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka di Melaka pada tahun 1977 hingga Mac.1979
Mula bertugas pada April 1979 di Tanah Merah,Kelantan hingga sekarang dalam Kementerian Pelajaran.
Pengalaman manis:
Pada awal tahun 2003, 29hb.Januari dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama suami untuk mengerjakan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan ibadat Haji. Betapa gembiranya hati dapat melihat Kaabah dan melakukan ibadat Haji dan dapat melakukan umrah,bersembahyang di Masjidil Haram, Sembahyang dan menziarah makam Nabi Muhammad SAW di Madinah, melawat kebun kurma disana dan menziarah makam para shuhadah dan masjid-masjid bersejarah disana.
Pengalaman pahit:
Terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya di Lebuh Raya Seremban – Kuala Lumpur semasa dalam perjalanan ke UPM, 2006. Syukur pada tuhan saya selamat dan tidak mengalami kecederaan cuma kereta saja yang rosak.
Keluarga:
Mempunyai enam orang anak yang telah besar dan dua orang telah bekerja dan empat lagi masih bersekolah, mempunyai seorang anak lelaki dan lima orang anak perempuan.
Hobi:
Menanam bunga yang amat saya minati selain dari mengumpul setem,melancong, menjahit dan memasak. Mengumpul setem saya mula dari sekolah menengah hingga sekarang, Cuma bezanya sekarang saya hanya mengumpul setem tempatan iaitu Malaysia.
e-mail saya: kam_adiknx7540@yahoo.com.my